Tentang

Tentang Nota Saham

Kami percaya trading boleh dipelajari dengan sistem. Bukan dengan tekaan, bukan dengan signal viral.

Nota Saham adalah platform pembelajaran trading untuk retail trader Malaysia. Bermula sebagai nota peribadi, ia berkembang menjadi komuniti dan ekosistem pembelajaran yang fokus kepada framework, screening, dan risk management.

Kami sedar industri penuh dengan signal seller, "guru" pump-and-dump, dan kelas yang hanya jual harapan. Nota Saham wujud sebagai alternatif — education-first, transparent, dan berstruktur.

Falsafah kami mudah: trade dengan sistem. Bila anda ada proses, anda boleh ulang, baiki, dan kawal risiko. Bila anda hanya ikut orang — anda akan sentiasa bergantung.

Misi

Bantu retail trader Malaysia bina sistem trading sendiri.

Fokus

Proses, psikologi, screening — bukan buy call.

Kaedah

Modul berstruktur, rakaman, dan komuniti.

Prinsip

Capital preservation sebelum keuntungan.